EVOLUSI saiz iPad.
EVOLUSI saiz iPad.
PENCIL peka menulis.
PENCIL peka menulis.
iPad Pro lebih besar.
iPad Pro lebih besar.
AKSESORI tambahan.
AKSESORI tambahan.
iPhone 6s dapat tambahan warna.
iPhone 6s dapat tambahan warna.
iPhone 6s tak banyak perubahan tapi  masih relevan.
iPhone 6s tak banyak perubahan tapi masih relevan.
APPLE kekalkan rekaan iPhone.
APPLE kekalkan rekaan iPhone.
Oleh Afiq Hanif

Bermula hari ini, pengguna Apple bagi peranti mudah alih sudah boleh mengemas kini gajet masing-masing kepada iOS 9 yang menggunakan konsep seperti El Capitan memberi pengalaman pengguna yang lebih baik.

Ia jauh menarik berbanding perubahan reka bentuk saja termasuk pengurusan tetingkap kini membolehkannya disusun kemas selain membenarkan pelayar Safari untuk terus pin dan memaparkan laman web apabila ia dibuka.

Manakala bagi kesepaduan Spotlight pula menjadikannya mencari lebih banyak maklumat di Internet dan tidak ketinggalan Metal menjadi perkakasan optimum untuk peranti mudah alih yang kini berada di dalam El Capitan.

iOS 9 juga fokus kepada peningkatan pengalaman pengguna apabila aplikasi seperti Notes kini boleh digunakan untuk melakar dan melukis.

Sementara itu, Passbook diubah namanya kepada Wallet dan turut mengalami perubahan sama Newsstand yang kini hanya dikenali sebagai News saja

Manakala Healthkit ditambah baik dengan kelengkapan maklumat meluas seperti UV dan kitaran haid.

Meskipun banyak ciri diperkenalkan, Apple masih boleh menawarkan saiz iOS 9 yang kecil untuk memberi lebih ruang storan di samping pengenalan mod rendah tenaga yang mampu menyelesaikan masalah bateri cepat habis dalam kalangan pengguna iPhone 6 misalnya.

Siapa tidak kenal pembantu bersuara romantik, Siri yang kini lebih aktif dalam pencarian maklumat telefon pengguna selepas kemas kini?

Bagaimanapun, Apple menjamin semua data ini tidak akan digunakan secara berleluasa dengan ciri keselamatan lebih baik termasuk tidak dipindah naik ke storan ‘cloud’ Apple.

Siri akan mencari maklumat daripada e-mel dan meletakkan jemputan terus dalam kalendar malah mencadangkan individu yang mungkin pengguna mahu hubungi, aplikasi perlu digunakan pada masa tertentu ataupun memberitahu berita terkini yang mahu dibaca.

Kemas kini iOS 9 juga turut menyaksikan Apple Maps akan menyokong panduan sistem pengangkutan seperti bas, feri dan kereta api.

Antara bandar awal yang mendapat kemas kini ini ialah Baltimore, New York dan San Francisco di Amerika Syarikat manakala Beijing serta Shenzhen di China.

Bagi lebih mengujakan Siri turut memberitahu jika kedai yang dicari mempunyai sokongan Apple Pay iaitu sistem pembayaran online Apple.

Penggunaan News yang menggantikan Newsstand juga dijangka merubah cara penggunanya membaca berita.

News menyediakan berita daripada pelbagai sumber ibarat gabungan Flipboard dan Facebook membolehkan pengguna memilih jenis artikel ataupun ia dicadangkan sendiri oleh News berdasarkan tabiat membaca pengguna.

IOS 9 kini mesra pada pengumuman Apple yang memperkenalkan iPhone 6S dan 6S Plus meskipun tidak terlalu berbeza daripada model sebelum ini apabila melihat rekaan luarannya.

Cuma yang mencuri tumpuan adalah fungsi Force Touch dan resolusi kamera yang dinaik taraf kepada 12MP selain rakaman video 4K.

Selain itu, ia mempunyai tambahan warna merah jambu di samping tiga warna lain iaitu hitam, kelabu dan emas.

iPhone 6S dan 6S Plus menggunakan pemprosesan A9X 64 bit yang merubah operasi telefon ini apabila ia 70 peratus lebih baik berbanding iPhone 6 dan iPhone 6 Plus.

Selain itu, ia turut menggunakan M9 untuk memudahkan operasi aplikasi seperti Health.

Kamera 12MP terbabit dengan iSight menjadikannya memperoleh tambah baik 50 peratus berbanding model lama.

Kamera depan beroperasi pada 5MP, tetapi ia mempunyai ciri baru termasuk flash LED yang akan menyediakan TrueTone menjadikan tahap kecerahan meningkat sehingga tiga kali.

Manakala fungsi Live Photos pula seakan-akan Vine bagi kamera depan, tetapi dalam bentuk format GIF.

Kedua-dua telefon ini menyokong LTE 23 sehingga 300mbps di samping WiFi 866mbps.

Kali ini, kedua-dua iPhone baru ini dijangka masuk ke Malaysia pada pertengahan November selepas pelancaran pertama di seluruh dunia pada 25 September ini.

Sebenarnya, paling mencuri tumpuan ketika pelancaran gajet baru minggu lalu ialah pada pengumuman iPad Pro yang bersaiz 12.9 inci iaitu saiz paling besar setakat ini dikira mahu menggugat tablet Microsoft Surface.

iPad Pro mempunyai tahap kenipisan 6.9mm dengan resolusi skrin 2,732 x 2,048 piksel cukup besar untuk selesa melihat dua aplikasi sebelah menyebelah.

Tablet ini seakan-akan laptop kerana saiz yang besar dengan set cip A9x yang kononnya akan melaksanakan 1.9 kali lebih pantas berbanding musuhnya di samping prestasi grafik 80 peratus lebih pantas berbanding PC mudah alih.

Berdasarkan jangka hayat bateri 10 jam, ia mempunyai dua aksesori tidak terjangka iaitu stylus (pengasasnya, Steve Jobs benci dengan perkataan ini) dikenali sebagai Pencil dan papan kekunci Smart Keyboard.

Apple Pencil khusus dibuat untuk iPad baru dan sesuai untuk menulis dan melukis pada deria responsif bagi tulisan mata pensel seperti tegak, senget dan condong.

Pencil menempatkan bateri sendiri dan anda boleh mengecasnya menggunakan penyesuai lightning dan memasangnya dalam iPad Pro.

Keupayaan untuk menyesuaikan ketebalan strok dengan menggunakan cahaya atau tekanan berat serta ketepatan yang tepat adalah dua cara Pencil untuk relevan pada masa sekarang.

Manakala papan kekunci pintar, kelihatan seperti saingan rapat untuk Microsoft Surface Pro 3 yang mempunyai fungsi sama.

Ia papan kekunci fizikal yang mempunyai magnet melekat pada tiga bulatan kecil di sisi iPad Pro yang dikenali sebagai penyambung Smart boleh membawa kuasa dan data.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 September 2015 @ 8:54 AM