Djokovic (kanan) bersama trofi Terbuka Amerika Syarikat selepas menewaskan Federer. - Pix AFP
Djokovic (kanan) bersama trofi Terbuka Amerika Syarikat selepas menewaskan Federer. - Pix AFP

New York: Novak Djokovic meraih gelaran ke-10 Grand Slam selepas beraksi pada tahap terbaik menewaskan musuh ketat Roger Federer di final Terbuka Amerika Syarikat, sebentar tadi.

Bintang Serbia berusia 28 tahun itu menundukkan Federer pemenang 17 Grand Slam dengan keputusan 6-4, 5-7, 6-4, 6-4 di Stadium Arthur Ashe selepas terikat 21-21 dalam pertarungan paling sengit dalam sejarah tenis.

Federer masih kental beraksi pada usia 34 belum menambah koleksi Grand Slam sejak 2012 di Wimbledon.

Pemain Switzerland itu kecundang kepada Djokovic pada final Terbuka Amerika Syarikat dan Wimbledon tahun ini.

"Bertarung pada perlawanan menentang pemain terbaik dalam sejarah permainan itu memberi tekanan tambahan," kata Djokovic.

"Dia masih mengekalkan tahap tinggi dimiliki. Saya perlu mempamer aksi terbaik menentangnya dan itulah diperlukan apabila sampai ke tahap sekarang."

Kekalahan bermakna Federer gagal muncul pemain tertua bergelar pemenang di Terbuka Amerika Syarikat sejak Ken Rosewall melakukannya di usia 35 pada 1970. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2015 @ 12:47 PM