ANGGOTA Malaysian Battalion 850-3 ke bersiap sedia berlepas ke Lubnan. FOTO Sairien Nafis
ANGGOTA Malaysian Battalion 850-3 ke bersiap sedia berlepas ke Lubnan. FOTO Sairien Nafis
Oleh Siraj Mohd Zaini


Subang Jaya : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghantar seramai 215 anggota MALBATT 850-3 yang diterbangkan dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Lubnan, petang tadi.

Ia adalah kumpulan kedua daripada keseluruhan 850 anggota MALBATT 850-3 yang diterbangkan ke negara berkenaan secara berperingkat.

Kumpulan terbabit akan menggantikan MALBATT 850-2 yang menamatkan misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) pada 14 September ini setelah berkhidmat selama setahun di sana.

Penerbangan berkenaan turut disertai Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd Johari Baharum yang dalam rangka lawatan kerja ke MALBATT sehingga 15 September ini.

Kumpulan pertama MALBATT 850-3 iaitu 215 anggota dan pegawai berlepas ke Lubnan pada Selasa lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 September 2015 @ 8:30 PM