Zaha (kiri) ceria bertemu Bolt ketika rehat perlawanan antarabangsa di London. - PIX Wilfried Zaha/Instagram
Zaha (kiri) ceria bertemu Bolt ketika rehat perlawanan antarabangsa di London. - PIX Wilfried Zaha/Instagram

London: Bintang Crystal Palace Wilfried Zaha teruja bertemu jaguh pecut dunia Usain Bolt selepas pelari Jamaica itu kembali daripada Kejohanan Olahraga Dunia di Beijing.

Mereka berkesempatan bersua apabila Zaha tidak beraksi pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) kerana rehat perlawanan kelayakan Piala Dunia minggu ini.

Bolt meraih pingat emas acara 100m, 200m dan lari berganti ganti 4x100m di China adalah peminat tegar Manchester United bekas kelab pernah diwakili oleh Zaha.

Zaha membantu Palace melonjak ke tangga kedua EPL mencatat tiga kemenangan daripada empat perlawanan mengirimkan gambar mereka di Instagram hari ini. - Mail Online

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2015 @ 8:30 PM