KUMPULAN JB Selamba mempersembahkan aksi memukau.
KUMPULAN JB Selamba mempersembahkan aksi memukau.
PERSEMBAHAN Kiddo Crew dengan iringan muzik rancak bersama Norazlin.
PERSEMBAHAN Kiddo Crew dengan iringan muzik rancak bersama Norazlin.
KUMPULAN paling muda, Black Hawk dari Kuala Lumpur memenangi tempat ketiga (Kategori B) dalam Cabaran Raja Tarik F&N 2015.
KUMPULAN paling muda, Black Hawk dari Kuala Lumpur memenangi tempat ketiga (Kategori B) dalam Cabaran Raja Tarik F&N 2015.
PEMENANG dan finalis pertandingan bersama Pengarah Urusan F&N Dairies (Malaysia) Sdn Bhd Tan Hock Beng (lima dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif F&N Holdings Sdn Bhd Lim Yew Hoe (enam dari kanan).
PEMENANG dan finalis pertandingan bersama Pengarah Urusan F&N Dairies (Malaysia) Sdn Bhd Tan Hock Beng (lima dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif F&N Holdings Sdn Bhd Lim Yew Hoe (enam dari kanan).
Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

Kemahiran mantap dan kreativiti memukau dalam persembahan akhir yang ditunjukkan dua peserta berbakat dari Johor Bahru, Syed Khaidir dan Amirul Fadhli Shamsudin melayakkan mereka memegang gelaran juara Cabaran Raja Tarik F&N 2015.

Persembahan duo yang ditunjukkan menerusi kumpulan yang diberi nama JB Selamba itu membolehkan mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 berserta trofi sebagai Raja Tarik F&N 2015, baru-baru ini.

Lebih menarik pertandingan kali ini menampilkan lebih banyak penyertaan dari pelbagai kaum seluruh negara dan persembahan yang dipertontonkan pada acara kemuncak acara itu juga memukau penonton.

Pertandingan akhir Cabaran Raja Tarik F&N 2015 itu turut menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM42,000 untuk kedua-dua Kategori A (Pengusaha F&B) dan Kategori B (Orang Ramai).

Mengulas mengenai kejohanan yang sudah diadakan lebih satu dekad itu, Ketua Kategori Susu Pekat, F&N Dairies Malaysia, Eileen Chan berkata, F&N teruja kerana dapat menyediakan satu platform untuk rakyat Malaysia mencapai satu kejayaan baru menerusi seni teh tarik.

Katanya, latihan, kemahiran dan pengalaman selama bertahun-tahun diperlukan untuk membuat teh tarik atau teh tarik kahwin berbuih yang sempurna dan berperisa dengan tambahan susu pekat manis dan susu sejat F&N bagi mencapai tahap keenakan lemak berkrim dan kemanisan yang seimbang.

Justeru katanya, pertandingan itu juga cara F&N mengiktiraf usaha dan sumbangan mereka yang menghidupkan budaya teh tarik yang benar-benar boleh dianggap sebagai budaya Malaysia.

“Di F&N, kami sentiasa berusaha untuk membina hubungan menerusi detik cita rasa teristimewa sejak turun-temurun. Kami mahu melihat pertandingan ini menemani rakyat Malaysia untuk bertahun-tahun lagi sebagaimana jenama F&N kini menjadi teman yang dipercayai dan memainkan peranan penting di dapur semua keluarga Malaysia,” katanya.

Pada acara itu, tetamu jemputan dan wakil media dibawa mengembalikan ingatan kepada zaman silam Kuala Lumpur menerusi paparan dan bunyi selain dijamu dengan makanan cita rasa tempatan yang menjadi kegemaran ramai seperti kacang putih dan teh tarik, sesuai dengan tema nostalgia detik cita rasa.

Selain itu, mereka juga berpeluang untuk menyingkap sejarah teh tarik dan Cabaran Raja Tarik yang yang anjurkan F&N dan persembahan lawak jenaka oleh Nabil dan Angah.

Acara menarik lain termasuk persembahan Kiddo Crew dengan iringan muzik rancak bersama Raja Tarik F&N Norazlin Mat Janus.

Pemenang Cabaran Raja Tarik F&N 2015 dipilih berdasarkan persembahan dan penyediaan teh tarik kahwin, koreografi, kemahiran dan kreativiti oleh panel hakim jemputan yang terdiri daripada MasterChef Selebriti Malaysia musim pertama Datuk Fazley Yaakob, Ketua Pegawai Eksekutif Vizeum Media Services Malaysia Andy Miller dan Pengurus Besar Pemasaran F&N Dairies Malaysia Jauhar Munir.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 September 2015 @ 8:50 AM