PESAWAT tergelincir kira-kira 100 meter ke atas rumput.
PESAWAT tergelincir kira-kira 100 meter ke atas rumput.
Oleh: Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Mukah: Pesawat twin otter milik MASwings tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Mukah di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 2.02 petang itu, 10 penumpang termasuk juruterbang terselamat.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Jimmy Panyau berkata, pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Miri itu tergelincir kira-kira 100 meter atas rumput di bahagian kiri landasan.

Katanya, ketika kejadian hujan lebat dan landasan licin dipercayai punca pesawat tergelincir.

"Penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Ogos 2015 @ 5:52 PM