Persatuan Khidmat Masyarakat Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) menganjurkan program kutipan derma ‘Move On 2015’ bagi membantu pembelian mesin dialisis Yayasan Dialisis Pendidikan Akhlak Perak, baru-baru ini.

Antara aktiviti diadakan ialah mengutip jumlah sasaran kewangan ditetapkan termasuk larian beramai-ramai dan makan malam menerusi penjualan meja.

Seramai 3,000 peserta menyokong program terbabit yang diadakan di UTAR kampus Perak.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Ogos 2015 @ 12:45 PM