PROTON Preve ditemui ditinggalkan di tepi jalan. GAMBAR kecil, Zulhairie Abdullah @Ah Seng diburu polis.
PROTON Preve ditemui ditinggalkan di tepi jalan. GAMBAR kecil, Zulhairie Abdullah @Ah Seng diburu polis.
Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Kuching: Polis memburu seorang suspek lelaki yang melarikan diri menggunakan Proton Preve polis di Pasar Serikin, Bau, pagi tadi.

Dalam kejadian 11.30 pagi itu, suspek berjaya meloloskan diri dari jagaan tiga anggota polis dan melarikan Proton Preve.

Bagaimanapun, kereta milik polis itu ditemui ditinggalkan di tepi jalan di Jalan Semenggok, di sini, 11.45 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Senior Asisten Komisioner Dev Kumar berkata, suspek dikenali sebagai Zulhairie Abdullah @Ah Seng, 36, diiringi tiga anggota JSJ IPK Sarawak pergi ke Pasar Serikin, Bau untuk siasatan lanjut berkaitan kes curi kereta.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, suspek dalam keadaan bergari di depan, masuk ke tempat pemandu dan terus melarikan Proton Preve," katanya.

Polis meminta suspek menyerah diri dan kerjasama orang ramai yang nampak lelaki memakai pakaian lokap polis serta bergari di kawasan mereka supaya menghubungi balai polis berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Ogos 2015 @ 5:58 PM