Sekeping foto boleh ditafsirkan beribu maksudnya, tetapi satu paparan selfie bagaimanapun disifatkan ribuan nilainya dalam dunia media sosial.
Sepanjang dua tahun lalu, perkataan selfie ditakrifkan paling popular dalam kalangan penduduk dunia hingga dinobatkan perkataan terbaik sepanjang tahun oleh Kamus Oxford.
Bagaimanapun, perkataan ‘selfie’ itu sendiri pertama kali muncul dalam laman sembang Internet pada 13 September 2002 bagi menggambarkan kelakuan atau aktiviti yang senonoh.
“Mabuk dengan teman-teman, saya terjatuh dan bibir tersembam (diikuti gigi depan) pada tangga. Ada kesan luka sepanjang satu sentimeter di bawah bibir. Dan maaf kerana paparan tidak jelas, ia adalah selfie,” ujar seorang remaja dalam laman sembang itu yang dipercayai menggunakan orang pertama menggunakan perkataan selfie seperti yang dinyatakan dalam kenyataan Oxford.
Pihak Oxford bagaimanapun tidak kisah bagaimana perkataan itu dieja, sama ada hujungnya dengan ‘ie’ atau ‘y’, menjadi selfy.
Tegas mereka, ia langsung tidak menjejaskan maksud rasmi perkataan terbabit.
“Ia foto yang diambil sendiri, biasanya dirakam dengan telefon pintar atau kamera web dan dimuat naik ke laman sesawang media sosial,” jelas Oxford.
Bermulanya era Instagram iaitu aplikasi perkongsian gambar, video dan perkhidmatan rangkaian sosial yang membolehkan pengguna merakam gambar juga video, bermakna bermulanya era selfie ini.
Di Instagram, foto yang dirakam boleh disunting dengan penapis digital lalu dikongsi bersama dalam pelbagai khidmat rangkaian media sosial seperti Facebook, Twitter, Tumblr dan Flickr.
Secara tiba-tiba majoriti generasi muda yang menggunakan telefon pintar seperti iPhone dan Samsung mula aktif menggunakan aplikasi itu hinggakan lebih 35 juta paparan selfie daripada lebih 150 juta pengguna Instagram dicatatkan sehingga hujung 2013.
Dalam Instagram sendiri, wujud lebih 300 juta paparan hashtag #selfie. Trend ini menjangkau hingga ke angkasa lepas apabila angkasawan Jepun, Aki Hoshide melakukan selfie yang mungkin disifatkan selfie paling mengagumkan sepanjang zaman yang dirakam di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa.
Justeru, tidak hairanlah apabila ramai yang menggunakan platform selfie ini untuk menganjurkan pelbagai acara dan aktiviti membabitkan masyarakat sama ada di dalam mahupun luar negara.
Ledakan selfie ini juga nyata memberi impak paling besar kepada golongan wanita. Didorong oleh kegilaan selfie ini membuatkan Sunsilk menghasilkan filem yang julung kali diterbitkan membabitkan selfie terbesar di Malaysia.
Menjurus kepada tema ‘Selfie Ready Hair, Anytime, Anywhere’, filem Sunsilk Selfie ini dibintangi 500 warga Malaysia dan turut menampilkan penulis blog popular seperti Daphne Charice, Fyna dan Jessica Chaw.
Kisah dalam filem ini dihidupkan apabila Sunsilk menyeru wanita mengambil bahagian dalam aktiviti santai yang menyeronokkan dengan menampilkan rambut ikal menawan dan perlu bersedia pada bila-bila masa untuk sesi berselfie.
Lebih 1,000 foto dihantar yang menunjukkan kumpulan wanita ini berkongsi detik indah selfie mereka dengan dandanan rambut cantik menawan, sekali gus menyerlahkan keyakinan mereka.
Dengan mengetengahkan penggunaan rangkaian produk Sunsilk Smooth & Manageable, selfie yang dihasilkan banyak menjurus kepada gaya rambut menarik, di samping mengetengahkan kreativiti dan personaliti peserta.
Filem selfie Sunsilk ini boleh ditonton di saluran Youtube Sunsilk Malaysia menerusi www.youtube.com/SunsilkMY dan laman Facebook di www.facebook.com/SunsilkMalaysia.
Filem selfie pertama seumpamanya diterbitkan di Malaysia ini tidak ketinggalan menerima sokongan daripada Watsons dan Tesco.
Untuk mendapatkan maklumat terkini yang menyeronokkan, ikuti Sunsilk Malaysia di laman Facebook, Twitter (@SunsilkMsia) dan Instagram (@SunsilkMY).