AKTIVITI dikendalikan Guardian memberi sinar kegembiraan kepada insan memerlukan.
AKTIVITI dikendalikan Guardian memberi sinar kegembiraan kepada insan memerlukan.
ANTARA aktiviti yang dijalankan.
ANTARA aktiviti yang dijalankan.
Oleh Siti Nadirah Hafidzin

Sempena sambutan Aidilfitri lalu, peneraju peruncit farmasi, kesihatan dan kecantikan, Guardian Malaysia mengunjungi tiga rumah kebajikan di Johor Bahru, Johor untuk berkongsi kasih sayang dan menyebarkan kegembiraan musim perayaan kepada hampir 400 kanak-kanak.

Kira-kira 45 kakitangan daripada ibu pejabat Guardian di Shah Alam, Selangor dan 15 stor di Johor Bahru terbabit dalam proses pembersihan selama satu hari dan aktiviti kreatif di Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Johor (PKAYJ/Rumah Barkat), Persatuan Cerebral Palsy Johor dan Persatuan Bagi Kanak-Kanak Kerencatan Akal Johor (PBKKAJ).

Pengarah Operasi Guardian Health and Beauty Sdn Bhd Ricky Soon yang turut sama turun padang dalam program terbabit berkata, setiap tahun, pihaknya mendekati mereka yang memerlukan melalui usaha tanggungjawab sosial korporat syarikat.

“Sama ada melalui bantuan atau membawa keseronokan dan keceriaan, kami sangat berbesar hati dapat berbakti kepada masyarakat di kawasan kami menjalankan perniagaan kami,” katanya.

Bertemakan Beramal Bersama Guardian, acara diadakan satu hari yang penuh dengan aktiviti itu membabitkan tiga kumpulan yang terdiri daripada 15 individu setiap satu daripada pasukan itu.

Di Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Johor (PKAYJ/Rumah Barkat), aktiviti yang dilakukan membabitkan tugasan menyental dan membersihkan kelas pusat kecemerlangan rumah itu yang mengendalikan kelas tuisyen malam untuk anak-anak yatim.

Pasukan Guardian Malaysia turut menghias kelas itu dengan poster yang membawa mesej inspirasi sebagai motivasi kepada kanak-kanak di situ.

Di Persatuan Cerebral Palsy Johor pula, pasukan Guardian Malaysia mengecat mural sepanjang 2.5m x 6.2m di dinding bersebelahan dengan pusat fisioterapi sekolah itu.

Memaparkan warna ceria dan unsur yang digemari kanak-kanak di situ, mural itu direka bagi membawa senyuman ke wajah kanak-kanak semasa mereka dibawa ke sesi fisioterapi.

Pasukan turut membersihkan kolam dan menjalankan aktiviti asas berkebun serta melakukan kerja landskap di taman.

Sementara di Persatuan Bagi Kanak-Kanak Kerencatan Akal Johor (PBKKAJ), aktiviti yang dijalankan termasuklah membersihkan tandas sekolah, pengubahsuaian dua bilik disiplin serta pemberian produk penjagaan diri.

Bilik disiplin yang digunakan untuk menenangkan pelajar yang bermasalah, dicat dengan warna biru kristal bagi memberikan kesan menenangkan.

Salah satu bilik itu juga dihias dengan imej haiwan laut bagi mewujudkan suasana tenang kepada kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut, layari www.guardian.com.my

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Ogos 2015 @ 11:14 AM