Sebahagian daripada enam anggota polis (menutup muka)yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah selepas dituduh menerima rasuah Disember lalu. FOTO Farizul Hafiz Awang
Sebahagian daripada enam anggota polis (menutup muka)yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah selepas dituduh menerima rasuah Disember lalu. FOTO Farizul Hafiz Awang
Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz

Kuantan: Enam anggota polis dari Balai Polis Muadzam Shah, Rompin didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, di sini sebentar tadi atas tuduhan menerima rasuah sebanyak RM8,000 dan tidak melaporkan kesalahan rasuah Disember lalu.

Tertuduh, Koperal Mazlan Muhd Nor, 34, Konstabel Mohamad Firdaus Abdullah, 24, Koperal Juhairy Jamaludin, 32, Lans Koperal Mohd Azmie Majid@Majied, 29, Lans Koperal Mohd Hazly Tomiran, 29, dan Konstabel Mohd Hafizi Abdullah, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Mereka didakwa secara berasingan di hadapan Hakim Habibah Mohamed Yusof.

Tertuduh pertama, Mazlan didakwa atas dua pertuduhan menerima suapan iaitu wang tunai berjumlah RM7,000 dan RM1,000 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap lori yang tidak mempjnyai permit dan lesen membawa kayu getah.

Mohd Azmie, Mohamad Firdaus, Mohd Juhairy didakwa bersubahat dengan Mazlan manakala Mohd Hazly dan Mohd Hafizi pula didakwa atas pertuduhan sama dan tidak melaporkan perlakuan rasuah yang dilakukan Mazlan.

Mereka melakukan kesalahan itu di kedai makan Sri Muadzam Ikan Bakar Rompin pada 18 Disember 2014 antara jam 2 hingga 4 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Ogos 2015 @ 2:39 PM