Mangsa yang cedera dalam pergaduhan, semalam. FOTO ihsan PDRM
Mangsa yang cedera dalam pergaduhan, semalam. FOTO ihsan PDRM
Oleh Asmah Rusman

Kuala Lumpur: Polis menahan 10 lagi individu menjadikan jumlah terkini 21 orang bagi membantu siasatan berhubung insiden pergaduhan di pusat membeli-belah di Wangsa Maju petang semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, mereka yang ditahan pagi tadi berusia antara 15 hingga 20 tahun dan direman empat hari hingga Jumaat ini.

"Setakat ini hanya seorang lagi yang cedera masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya.

Dalam insiden 6.30 petang semalam, seorang lelaki bersama rakannya cuba membelasah kekasih adik perempuannya selepas mendapat tahu adiknya itu keluar rumah tanpa pengetahuan keluarga.

Bagaimanapun, lelaki yang menjadi sasaran itu turut memanggil beberapa rakannya sehingga berlaku pergaduhan.

Susulan itu, polis menahan 11 lelaki berusia antara 16 hingga 29 tahun untuk membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Julai 2015 @ 3:05 PM