KEMPEN La Cremeria kongsi mesej positif babit beberapa siri jelajah pameran bergerak pada 18 hingga 21 Julai.
KEMPEN La Cremeria kongsi mesej positif babit beberapa siri jelajah pameran bergerak pada 18 hingga 21 Julai.
Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib
yusliza@hmetro.com.my

Rasa coklat, vanila, kacang badam dan kacang pecan yang menyelerakan pasti membuat penggemar aiskrim begitu asyik menikmati keenakan aiskrim premium La Cremeria keluaran Nestle (Malaysia) Berhad (Nestle) yang terbaru.

Jika sebelum ini aiskrim premium La Cremeria hanya terdapat dalam bentuk tab, kini peminat aiskrim boleh menikmati keenakan aiskrim stik La Cremeria dengan mudah pada bila-bila masa, tidak kira di mana saja.

Berkongsi detik keenakan aiskrim La Cremeria, penyanyi dan penulis lirik tempatan, Elizabeth Tan menyifatkan aiskrim ini adalah pelengkap kenikmatan rasa pencuci mulut yang amat digemarinya ketika meluangkan masa bersama insan disayangi.

Katanya, amat penting seseorang itu meluang­kan masa untuk menikmati perkara kecil atau detik-detik istimewa dalam kehidupan.

Malah bagi penggiat seni sepertinya, pasti berdepan tekanan dan kepenatan, maka dia perlu tahu di mana batasnya bagi memberi ruang untuk dirinya berehat seketika.

“Selepas seharian bertungkus-lumus berkarya, ada kalanya kita tidak boleh memaksa diri. Rehatkan diri dan minda serta lakukan sesuatu yang menggembirakan hati, pastinya menikmati hidangan yang disukai seperti aiskrim antara satu daripada detik kegembiraan itu,” katanya.

Boleh didapati dalam tiga perisa yang menarik iaitu La Cremeria Absolutely Almond, La Cremeria Heavenly Chocolate dan La Cremeria Delightfully Pecan, rangkaian aiskrim stik ini disaluti 100 peratus coklat susu di inspirasi dari Swiss yang diimport dan badam California yang dipanggang sehingga keemasan dengan bahagian tengah aiskrim yang lembut dan berkrim.

Setiap gigitan berupaya mengujakan lidah anda dan membawa anda ke dunia yang penuh keindahan serta kenikmatan.

Pengarah Urusan Nestle, Alois Hofbauer berkata, pihaknya melihat terdapat permintaan yang tinggi terhadap hidangan pencuci mulut bersaiz peribadi serta mudah dipegang dan dibawa ke mana-mana maka ini peluang untuk mengembang­kan lagi rangkaian produk sedia ada.

“Setiap stik La Cremeria terdiri daripada bahan serta ramuan yang berkualiti tinggi seperti hirisan kacang badam segar dan rangup yang ditabur sama ada pada salutan coklatnya mahupun teras aiskrim.

“Setiap perisa direka dengan penuh ketelitian dan kesungguhan bagi menghasilkan rasa terbaik daripada setiap bahan yang digunakan, menjadikan La Cremeria sangat istimewa,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Eksekutif Perniagaan Aiskrim Nestle Yit Woon Lai berkata, kita terlampau leka dengan kehidupan seharian yang serba pantas dan sentiasa sibuk. Ia sangat penting bagi kita meluangkan sedikit masa untuk menghargai kehidupan.

“Kami mahu La Cremeria berkongsi mesej positif bahawa kita perlu ‘berhenti’ seketika agar dapat menikmati detik indah baik yang besar ataupun kecil, seperti kenikmatan aiskrim La Cremeria.

“Begitu banyak kasih sayang dan ketelitian dicurahkan bagi menghasilkan rangkaian aiskrim ini, jadi memang patut anda meluangkan sedikit masa untuk benar-benar menikmatinya. Ia saat yang penuh kepuasan di mana segalanya boleh ditangguhkan buat seketika,” katanya.

Kempen ini akan membabitkan beberapa siri jelajah pameran bergerak yang bakal diadakan di Golden Screen ­Cinemas, stesen BHP dan Petronas yang terpilih di rantau tengah, utara dan selatan mulai 18 hingga 21 Julai.

Aiskrim batang La Cremeria dijual pada harga RM3.50 sebatang dan boleh didapati di pasar raya utama dan petromart di seluruh negara. Terdapat tiga perisa istimewa iaitu:

La Cremeria Absolutely Almond Aiskrim perisa vanila penuh berkrim dilengkapi dengan potongan kacang badam rangup bersalut coklat susu dan hirisan badam segar.

La Cremeria Heavenly Chocolate Aiskrim perisa coklat diisi dengan potongan kacang badam yang rangup bersalut coklat susu dan serpihan kon.

La Cremeria Delightfully Pecan Aiskrim perisa pecan disaluti coklat susu yang kaya dan dilengkapi hirisan badam segar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Julai 2015 @ 5:01 AM