MAYAT anak kapal yang maut terhidu gas beracun. Foto ihsan APMM
MAYAT anak kapal yang maut terhidu gas beracun. Foto ihsan APMM
Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin


Kota Tinggi: Tiga anak kapal warga Vietnam maut terhidu gas beracun ketika bekerja di dalam ruang tertutup kapal yang berlabuh di 4.1 batu nautika tenggara Tanjung Penyusup,9.20 malam tadi.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Tanjung Sedili, Kapten Maritim Amran Daud berkata, pihaknya tiba di lokasi kapal MV Hi Ram berada pada 10.35 malam selepas menerima panggilan kecemasan.

Katanya, terdapat tiga mayat yang ditutup dengan selimut di atas dek, manakala dua lagi anak kapal tidak sedarkan diri akibat terhidu gas beracun.

"Ketika kejadian semua anak kapal terbabit sedang bekerja di satu ruang tertutup di dalam kapal yang didaftarkan di Vietnam itu.

"Semua mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2015 @ 12:18 PM