ANGGOTA polis memeriksa sebuah kereta Perodua Axia yang berjaya ditahan selepas cuba meloloskan diri dari sekatan jalan yang dilakukan polis di Lebuh AMJ, berhampiran Malim, Melaka. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
ANGGOTA polis memeriksa sebuah kereta Perodua Axia yang berjaya ditahan selepas cuba meloloskan diri dari sekatan jalan yang dilakukan polis di Lebuh AMJ, berhampiran Malim, Melaka. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
Oleh Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan polis awal pagi tadi, didapati memiliki tiga paket dadah dipercayai jenis heroin.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, lelaki terbabit ditahan di Taman Setiakawan, Melaka, selepas meloloskan diri dari satu sekatan jalan raya.

Sumber berkata, lelaki terbabit memandu Perodua Axia dilihat dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak memecut kereta ketika polis memintanya berhenti di tepi jalan.

"Suspek bertindak memecut kereta lalu polis mengerahkan sekruang-kurangnya sembilan kereta peronda polis dan sebuah van, mengejar dan mengepungnya di sebuah taman perumahan di Bukit Baru.

"Suspek kemudian ditahan polis selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam semak kecil di belakang sebuah rumah," kata sumber.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis daerah Melaka Tengah, Superintendan Razali Bakar ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

"Suspek ketika diperiksa didapati memiliki tiga pek dadah yang disimpan dalam poket seluarnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Jun 2015 @ 12:44 PM