Oleh Faizatul Farlin Farush Khan


Buku Sayonara Jahiliah atau turut membawa maksud Selamat Tinggal Jahiliah, memberi pengetahuan serta pandangan yang lebih meluas mengenai jahiliah. Ia memberi pendedahan dari sudut makna jahiliah, ayat al-Quran serta hadis yang menceritakan mengenai jahiliah, akibat atau kesan jahiliah, kaedah untuk meninggalkan jahiliah serta banyak lagi perkongsian yang menarik yang akan menjadikan anda seorang individu yang tidak akan tertewas dengan jahiliah.

Penulisan yang mudah difahami serta perkongsian pengalaman individu yang diuji Allah dalam kehidupan mereka yang dapat kita ambil pengajaran, turut menjadikan penulisannya menjadi lebih menarik dan mampu meningkatkan ‘hamasah’ atau semangat untuk tidak tertewas dengan jahiliah. Selamat membaca dan berjuang agar tidak tertewas.

INFO

- Judul: Sayonara Jahiliah

- Penulis: Muharikah

- Penerbit: Iman Publication

- Harga: RM10

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Jun 2015 @ 11:15 AM