ANTARA  warga asing yang diperiksa  dalam operasi  di kawasan perumahan di Kajang.
ANTARA warga asing yang diperiksa dalam operasi di kawasan perumahan di Kajang.
Oleh Siraj Mohd Zaini

Kajang: Kerja lebih mudah dan gaji lebih lumayan lebih tiga kali ganda. Itu antara alasan diberikan beberapa lelaki warga asing yang diberkas pihak berkuasa selepas didapati bekerja sebagai pengawal keselamatan secara haram.

Mereka sebahagian daripada sembilan lelaki Pakistan dan Nepal yang diberkas anggota Jabatan Imigresen Putrajaya dan empat pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam operasi khas di bandar ini, pagi semalam.

Seorang lelaki warga Nepal dikenali sebagai Jamaan, 34, berkata, dia dahulu bekerja sebagai pemasang jubin dengan gaji bulanan RM450.

Namun kerjaya barunya itu membolehkan dia menerima pendapatan bersih RM1,400 sebulan.

Katanya, majikannya turut menyediakan rumah untuk didiami bersama 17 individu warga asing dari pelbagai negara yang turut bekerja sebagai pengawal keselamatan.

“Majikan beritahu kerja ini dibenarkan kerajaan, tapi saya tidak tahu perlu ada permit,” katanya sejurus diberkas jam 11 pagi semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Jun 2015 @ 8:13 AM