MAYAT mangsa diangkat untuk dibawa ke Hospital Bintulu.
MAYAT mangsa diangkat untuk dibawa ke Hospital Bintulu.
Oleh Abd Rahman Adam


Bintulu: Mayat lelaki warga Indonesia yang lemas selepas bot dinaiki bersama seorang lelaki warga tempatan terbalik dipukul ombak di Sungai Kelepuk Kakus, di sini, Khamis lalu ditemui pagi tadi.

Mayat Merendeng Kolo Kadaming, 35, ditemui terapung 8 pagi oleh orang awam kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, sepasukan anggota dikerah ke lokasi kejadian untuk mengangkat mayat mangsa sebaik menerima panggilan berhubung penemuan itu.

Katanya, keadaan mayat mangsa masih baik serta tiada kesan kecederan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat dan kes diserah kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Jun 2015 @ 4:36 PM