Lim (empat dari kiri) bersama kumpulan pengurusan LBS.
Lim (empat dari kiri) bersama kumpulan pengurusan LBS.

Petaling Jaya: LBS Bina Group Berhad (LBS), pemaju hartanah antarabangsa memenangi anugerah perbandaran LBS-Bandar Saujana Putra kerana mengutamakan pembangunan gaya hidup selain dilengkapi sebanyak 70 kemudahan dan ruang rekreasi berkeluasan 3.2 hektar.

Pengarah Urusan LBS Tan Sri Lim Hock San berkata, kediaman pertama di Lembah Klang yang menawarkan pelbagai kemudahan gaya hidup itu terletak di kawasan seluas 8.5 hektar serta mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) bernilai kira-kira RM1.4 billion.

“Pencapaian yang diraih dalam APPA 2015 menyumbang kepada jualan besar di mana lebih 60 peratus daripada Blok A, B, D dan E telah dijual. Kami yakin dengan tawaran menarik, ia akan terus menjadi pilihan utama bagi golongan bujang dan keluarga muda yang sedang mencari rumah,” katanya selepas majlis pelancaran BSP21, di sini, baru-baru ini.

BSP21 terdiri daripada 10 blok pangsapuri servis meliputi blok 18 dan 27 tingkat bersamaan 2,602 pangsapuri servis dan 28 kedai mampu milik yang berharga dari RM255,657 seunit. Sebanyak lapan rekabentuk rumah pilihan hingga empat bilik tidur bersaiz antara 610 kaki persegi hingga 1,558 kaki persegi ditawarkan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Jun 2015 @ 5:09 AM