KEADAAN di tempat kejadian.
KEADAAN di tempat kejadian.

Batam: Gara-gara meminta cerai, seorang wanita cedera parah manakala ibunya maut selepas ditikam suaminya sendiri di sini, semalam.

Kejadian berlaku ketika mangsa yang dikenali sebagai Sri bersama ibunya, Umi datang ke pejabat agama di sini untuk menuntut cerai daripada suaminya, Rahmad.

Ketika Sri bersama Umi duduk di ruangan menunggu Rahmad tiba-tiba muncul dan terus menikam wanita itu dengan sebilah pisau.

Umi yang terkejut melihat anaknya diserang cuba membantu mangsa, tetapi malangnya dia turut ditikam oleh Rahmad.

Orang awam yang melihat kejadian itu segera membantu mangsa sehingga berlaku pergelutan dengan lelaki berkenaan.

Dalam pergelutan itu, Rahmad cedera akibat tertikam pisau yang dipegangnya sebelum ditahan orang awam.

Ketua jenayah polis Batam, Yoga Buanadipta berkata, kedua-dua mangsa dibawa ke hospital tetapi Umi disahkan meninggal dunia.

Serangan itu dipercayai berlaku selepas Rahmad tidak berpuas hati dengan tindakan isterinya yang meminta cerai. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Jun 2015 @ 1:16 PM