JAAFAR Awang (kiri) dan Bidah Senik.
JAAFAR Awang (kiri) dan Bidah Senik.
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali

Kota Bharu: Berzikir, selawat selain memohon dipanjangkan usia menjadi amalan harian dua warga emas yang masih sihat walaupun usia mereka sudah menjangkau lebih 100 tahun.

Jaafar Awang, 100, yang ditemui di Kampung Pulong, Kubang Kerian mengakui mengamalkan bacaan selawat dan zikir setiap hari kerana ia memberi ketenangan kepada diri.

“Ketenangan akan wujud secara semula jadi menjadikan diri sentiasa awet muda dan dapat mencegah sebarang penyakit.

“Saya bersyukur kerana pada usia ini saya tidak mempunyai sebarang penyakit dan masih boleh mengayuh basikal untuk ke surau dan ke rumah anak-anak yang tinggal berdekatan,” katanya yang dikurniakan tujuh anak hasil perkahwinan dengan arwah isteri, Aminah Draman, 85.

Menurutnya, dia tidak betah jika tidak mengayuh basikal dalam sehari kerana keadaan itu akan menjadikan tubuh badannya lesu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Jun 2015 @ 7:53 AM