PESERTA ceria bergambar kenangan selepas tamat program.
PESERTA ceria bergambar kenangan selepas tamat program.
Oleh Mohd Badlishah Md Ali


Bangsar: Aksi bertenaga padat dipamerkan pada Kejohanan ‘Jom La Futsal Pembahagian TNB 2015’ di gelanggang Kilat TNB Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sebanyak 84 pasukan bagi mengambil bahagian bagi kategori lelaki terbuka, veteran dan wanita. Program dua itu berlangsung pada Jumaat dan Sabtu.

Perasmian program disempurnakan Pengurus Besar Kanan Perolehan dan Pengurusan Vendor Mohd Alibi Ambak.

Kilat Metro FC dari Kuala Lumpur mengungguli kategori lelaki terbuka selepas menang tipis 2-1 ke atas JB Riot FC dari Johor Bahru pada aksi final.

Gol Kilat Metro FC hasil sumbangan Mohd Ridzuan Abu Amir dan Abdul Alif Hakam Zahari manakala gol tunggal JB Riot FC menerusi Mohd Adzrin Razak.

TNB Kelantan pula muncul juara kategori veteran manakala naib juara milik Otai JDT, ketiga (KLXZ FC) dan keempat (HQXZ FC).

Kategori wanita dimenangi One KL manakala naib juara Kelab Kilat Petaling Jaya dan Teja Warrior ketiga.

Keceriaan skuad Kilat Metro FC bertambah selepas Mohd Ridzuan dianugerah pemain terbaik perlawanan akhir dan penjaring terbanyak kejohanan manakala penjaga gol terbaik milik Amefamizul Ayob (JB Riot FC) dan pengurus terbaik, Badrul Hisyam Samad (Kilat Metro FC).

Hadiah disampaikan Penolong Pengurus Besar Sumber Manusia dan Perkhidmatan Pentadbiran, Mohamad Yusof Ismail sambil diiringi Pengurus Besar Pulau Pinang, Mohamed Ghous Ahmad.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Jun 2015 @ 9:00 AM