GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Agensi

Pusan (Korea Selatan): Seorang lelaki berusia 54 tahun ditahan kerana didakwa menangkap sehingga 600 kucing liar di sekitar kediamannya sebelum merebus, melapah bangkai haiwan itu dan kemudian menjual dagingnya kepada penduduk tempatan untuk digunakan dalam sup bagi mengubati penyakit.

Akhbar JoongAng Daily melaporkan, polis Pusan menahan lelaki itu minggu lalu atas tuduhan mencabuli undang-undang perlindungan haiwan.

Polis juga menemui 18 kucing yang masih hidup ketika menyerbu kediamannya.

Lelaki itu didakwa menjerat kucing berkenaan, menangkap dan mecampakkannya hidup-hidup dalam air menggelegak di rumahnya.

Menurut polis, dia kemudian melapah, mencincang bangkai haiwan itu dan menyimpan dagingnya di dalam peti sejuk sebelum menjualnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2015 @ 7:08 AM