Lumajang (Indonesia): Penduduk di sebuah kampung terpaksa meminta bantuan bekalan air untuk memandikan jenazah selepas musim kemarau melanda wilayah di Jawa Timur ini.

Perkara itu didedahkan ketua bantuan bencana Lumajang, Paryono yang memberitahu beberapa daerah kini terputus bekalan air bersih.

“Kami menerima permintaan dari penduduk kampung Kebonan yang memerlukan air bersih untuk memandikan jenazah.

“Mereka memberitahu ada penduduk kampung yang meninggal dunia, tetapi mereka tiada air bersih untuk memandikan jenazah sebelum dikebumikan,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mei 2015 @ 7:37 AM