ANTARA komputer yang disita.
ANTARA komputer yang disita.
Oleh Yusmawati Mhd Yusof


Melaka: Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menyita 110 unit komputer dalam serbuan di lapan premis berasingan di sekitar Bachang dan Malim di sini, tadi.

Operasi bersepadu selama tiga jam berakhir jam 1 petang itu disertai 41 anggota dan pegawai membabitkan MBMB, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Suruhajaya Tenaga dan Tenaga Nasional Berhad.

Dalam serbuan berkenaan, anggota penguat kuasa MBMB terpaksa memecah masuk semua premis berkenaan yang mana lima daripadanya sudah dikosongkan.

Manakala 110 unit komputer disita dalam serbuan ditiga lagi premis di Taman Kenanga, Plaza Pandan Perdana dan Malim Jaya yang tidak mempunyai lesen.

Kes disiasat mengikut Undang-undang Kecil Perlesenan Tred (MBMB) 2010 kerana menjalankan perkhidmatan internet tanpa lesen.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Oktober 2014 @ 4:21 PM