YUNA melancarkan album terbaru yang berjudul 'Material' di Kuala Lumpur. FOTO Muhd Asyraf Sawal
YUNA melancarkan album terbaru yang berjudul 'Material' di Kuala Lumpur. FOTO Muhd Asyraf Sawal
Oleh Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Penyanyi popular Yuna tampil dengan album Melayu pertamanya berjudul Material yang dilancarkan di pusat beli-belah di sini, malam tadi.

Album yang memuatkan tujuh lagu ini menampilkan beberapa lagu yang pernah dirakam sebelum ini termasuk lagu popularnya Dan Sebenarnya yang dirakam semula dengan susunan yang lebih segar.

"Kebanyakan lagu-lagu sudah dirakamkan tapi tidak ada dalam mana-mana album. Ada juga lagu yang terperam lama di dalam komputer penerbit saya, AG Coco," katanya.

Menurut Yuna, idea menghasilkan album ini tercetus selepas dia menerima banyak pertanyaan daripada peminat.

"Apabila peminat Malaysia asyik tanya bila album baru nak keluar, itu yang saya tefikir masanya telah sampai nak bagi sesuatu yang baru kepada peminat.

"Justeru, bila balik Malaysia saya curi-curi masa untuk siapkan album ini. Rasanya sudah terlalu lama tak bagi 'something' buat peminat," tambahnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mei 2015 @ 12:59 AM