EVEREST ‘base camp’ rosak teruk akibat gempa bumi turut dilanda ribut salji.
EVEREST ‘base camp’ rosak teruk akibat gempa bumi turut dilanda ribut salji.
Oleh Azim Afif Ishak melaporkan dari EBC

Keadaan di sini tidak ubah seperti lokasi letupan bom sebaik gempa bumi berlaku. Mayat mangsa pendaki bergelimpangan di merata tempat.

Malah, kejadian bertambah buruk apabila ribut salji melanda sebaik gempa bumi berlaku.

Penulis yang juga ketua pendaki dan ketua jurulatih Universiti Teknologi Malaysia (UTM) juga sudah dua kali berdepan bencana alam seumpama itu ketika berada di Gunung Everest.

Kejadian pertama berlaku tahun lalu apabila berlaku runtuhan salji ketika dia berada di gunung itu.

Bagaimanapun, tragedi ribut salji ditambah dengan gempa bumi dan runtuhan kali ini adalah lebih buruk kerana membabitkan kematian yang ramai.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 April 2015 @ 7:43 AM