KEADAAN rumah mangsa selepas disamun lima lelaki pagi tadi.
KEADAAN rumah mangsa selepas disamun lima lelaki pagi tadi.
Oleh Zatul Iffah Zolkiply


Marang: Enam sekeluarga kerugian hampir RM30,000 selepas disamun lima bersenjatakan parang dalam kejadian di Kampung Gong Beris, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi, mangsa, Syarifah Nur Laili Ermy Syed Abd Fattah Sallahudin, 31, bersama suami dan tiga anak serta ibunya sedang tidur di dua rumah berasingan sebelum didatangi lima suspek yang memakai topeng muka.

Ketika kejadian, Syarifah Nur Laili Ermy bersama suami dan tiga anaknya sedang tidur di rumah kedai mereka sebelum dikejutkan dengan bunyi pintu dicungkil di pintu belakang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, suami mangsa berusia 33 tahun yang membuat pemeriksaan terserempak dengan lima lelaki bertopeng muka membuka pintu bilik mereka.

"Suspek kemudian mengeledah rumah mangsa dan sebaik puas dengan hasil yang diperoleh, empat suspek beredar ke rumah emak mangsa berusia 51 tahun yang terletak di belakang kedai runcit berkenaan.

"Selepas mengeledah barangan yang ada di rumah ibu mangsa, suspek turut membawa wanita itu dan mengikatnya bersama anak dan menantunya.

"Kerugian keseluruhan dianggarkan bernilai RM30,000 dengan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata," katanya.

tamat13

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Oktober 2014 @ 6:00 PM