ABD Rahman menunjukkan pokok pisang yang ditebang menjadi punca dia ditetak.
ABD Rahman menunjukkan pokok pisang yang ditebang menjadi punca dia ditetak.
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi dan Norul Awatif Romli

Alor Setar: Hanya kerana menebang sebatang pokok pisang, seorang lelaki menerima sembilan jahitan pada telinga kiri apabila ditetak dengan parang oleh anak saudaranya yang berang dalam kejadian di Kampung Kuala Sungai, Mukim Kubang Rotan, di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 6.30 petang, suspek berusia 30-an yang kini menghilangkan diri bagaikan hilang akal apabila turut mengugut mahu mencederakan mangsa, Abd Rahman Omar, 62.

Difahamkan, suspek berang selepas menyedari bapa saudaranya menebang pokok pisang milik neneknya.

Suspek yang tidak berpuas hati terus memarahi dan mengamuk serta memaki hamun mangsa sebelum menghilangkan diri pada keesokkan hari kerana bimbang dicekup polis.

Abd Rahman yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata, ketika kejadian, dia selesai mandi dan pergi ke halaman rumah untuk menebang pokok pisang selepas diarahkan ibunya berikutan daun pokok berkenaan memasuki halaman rumah jiran.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 April 2015 @ 9:02 AM