Missoula (Amerika Syarikat): Seorang lelaki di sini, diarah supaya menjauhkan diri daripada semua haiwan peliharaan selepas didapati melakukan serangan seksual terhadap anjing milik adik teman wanitanya.

Kenneth Kellmer didakwa di mahkamah selepas dia didapati menindih seekor anjing berusia tiga setengah tahun di sebuah rumah di sini pada Februari lalu.

Menurut dokumen mahkamah, seorang wanita membuat laporan polis selepas dia mendapati teman lelaki kakaknya menindih anjing peliharaannya.

Wanita itu mendakwa dia pulang ke rumah kakaknya di sini dan mendapati Kellmer, 41, berada di kediaman berkenaan.

“Apabila pengadu masuk ke dalam rumah, dia terkejut melihat Kellmer dalam keadaan seluar terlondeh sedang menindih anjing peliharaannya,” katanya.

Kellmer ditahan polis pada Ahad lalu dan didakwa atas tuduhan jenayah kerana melakukan serangan seksual.

Lelaki itu didakwa di mahkamah pada Isnin lalu dan dibebaskan tanpa ikat jamin selepas berjanji untuk hadir pada perbicaraan seterusnya.

Mahkamah mengeluarkan perintah bagi menghalang Kellmer daripada menghampiri anjing atau kucing termasuk enam ekor haiwan peliharaannya.

Adik teman wanita Kellmer memberitahu mahkamah bahawa lelaki itu mempunyai beberapa haiwan peliharaan di rumahnya.

Kes dijangka disambung semula dalam tempoh dua minggu lagi dan jika didapati bersalah Kellmer berdepan hukuman penjara sekurangnya 10 tahun dan denda AS$50,000 (RM185,337). - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2015 @ 9:26 AM