ZIDANE menuntut ilmu kejurulatihan dengan Guardiola (gambar kanan) di Jerman baru-baru ini.
ZIDANE menuntut ilmu kejurulatihan dengan Guardiola (gambar kanan) di Jerman baru-baru ini.
GAYA permainan Enzo hampir menyamai bapanya.
GAYA permainan Enzo hampir menyamai bapanya.
KETIKA membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 1998.
KETIKA membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 1998.

Ia mungkin akan menjadi dinasti terhebat bola sepak. Zinedine Zidane sebagai ketua jurulatih Real Madrid dan keempat-empat anak lelakinya beraksi di padang, menyarung jersi putih terkenal itu dan bermain untuknya.

Bunyinya mustahil tetapi perkara sama pernah diperkatakan mengenai kemungkinan Zidane menjadi jurulatih pasukan Real-B dan anak-anaknya menyertai pel­bagai peringkat dalam skuad remaja kelab itu dan kini sudah menjadi kenyataan.

Adakah kenyataan itu mampu mencapai satu tahap baru?

Jurulatih

Zidane menghabiskan tiga hari di Munich minggu lalu di bawah kendalian Pep Guardiola dan Real Madrid berharap apa yang mampu dilakukan sang guru buat anak muridnya di Barcelona juga akan membawa manfaat kepada mereka di sini.

Presiden kelab, Florentino Perez memutuskan mahu bekas pemain itu mengendalikan kelab terbabit satu hari nanti dan Zidane bersedia untuk menghadapi kemungkinan itu yang mungkin berlaku seawal musim depan.

Beliau salah seorang daripada tujuh jurulatih Perancis yang menyertai pusat latihan Bayern Munich bersama bekas rakan sepasukan di Real, Claude Makelele untuk melihat sendiri bagaimana Guardiola bekerja.

Pada musim depan, beliau mungkin akan berada di posisi sama seperti Guardiola pada 2008 selepas tamat melatih skuad remaja kelab itu untuk mengendalikan skuad utama.

Dia akan berada di tepi padang, meraih penghormatan daripada pesaing, pemain dan media namun adakah dia akan berjaya?

Zidane ketika ini mengendalikan pasukan kedua Real, Castilla, dalam divisyen ketiga negara itu. Jika Castilla menjuarai divisyen itu mereka akan menyertai perlawanan playoff bagi merebut tempat ke divisyen kedua musim depan.

Namun ketika itu mungkin Carlo Ancelotti akan berpindah dan Zidane akan menggantikan tempatnya.

Ia sesuatu yang tidak perlu dipersoalkan kerana menjadi jurulatih cita-cita pemenang Ballon d’Or dan Piala Dunia itu.

Selain belajar dengan Guardiola, beliau juga berpeluang ke Marseille untuk melihat bagaimana Marcelo Bielsa bekerja.

Beliau mahu menjadi jurulatih Perancis satu hari nanti dan jika kempen 2016 di laman sendiri berakhir de­ngan kegagalan, pastinya beliau akan dipanggil mengendalikan skuad kebangsaan itu untuk membawa mereka ke mercu kejayaan.

Bagaimanapun, tugas di Madrid perlu diutamakan sebelum pasukan kebangsaan. Bagi sesiapa yang pernah melihatnya di padang latihan akan berkata beliau seorang yang penuh inspirasi dan tidak angkuh.

Beliau seorang yang teguh dan mesra media selepas bertahun berdepan tumpuan di Perancis, jauh lebih disaya­ngi berbanding Michel Platini, pesaing utama sebagai pemain terhebat namun tidak pernah menjuarai Piala Dunia.

Begitupun mengharapkannya mengulangi pencapaian Guardiola mungkin agak keterlaluan, pemikiran taktikal jurulatih Bayern dan sikap obsesi dimilikinya menjadikan beliau unik.

Beliau juga seorang pemain yang bagus. Diego Maradona dan Pele gagal menjadi pengurus yang baik tetapi Alfredo di Stefano dan Johan Cruyff sebaliknya.

Anak-anaknya: Enzo

Bintang Real Madrid C, Enzo, memakai nama Fernandez di belakangnya, nama keluarga ibunya, Veronique Fernandez iaitu seorang penari yang ditemui Zidane ketika beraksi dengan Cannes pada 1998. Ia mungkin kurang memberi tekanan kepada anak muda itu.

Enzo, yang menyertai skuab Bawah19 Sepanyol, seperti juga adik beradiknya yang lain menjadi rebutan tiga negara.

Bermain dengan Perancis pastinya memuaskan hati ayahnya, begitu juga jika bermain dengan Algeria, kemung­kinan ketiga disebabkan ia negara asal datuknya.

Dia seorang pemain yang paling menyamai bapanya dari segi gaya permainan. Dia bermain sebagai No 10 dan satu tangga di bawah Castilla.

Luca

Enzo mungkin menjadi pilihan mudah untuk Perancis. Anak muda itu dinamakan sempena pemain tengah Uruguay, Enzo Francescoli dan bermain di posisi Zidane.

Namun ramai di Perancis percaya, bahawa Luca, yang menggalas tugas penjaga gol, lahir sebelum bapanya

memenangi Piala Dunia 1998 akan pergi lebih jauh.

Dia kini beraksi dengan skuad bawah 17 Real, Juvenil B dan menarik minat ramai di kelab itu.

Theo dan Elyaz

Kedua-dua anak bongsu Zidane membesar di Sepanyol. Elyaz baru berusia 10 tahun, bermain di posisi tengah dan Theo juga menggalas posisi sama, bakal berusia 13 tahun Mei ini.

Kedua-duanya berada dalam pasukan kanak-kanak Real dan secara teorinya mereka juga boleh memilih bermain di Sepanyol, Perancis atau Algeria jika mencapai tahap antarabangsa.

Jika keempat-empat anak lelaki Zidane mara ke kancah bola sepak antarabangsa dan tidak memilih negara yang sama, mereka akan mengulangi Piala Dunia tahun lalu seperti adik beradik Boateng, Kevin-Prince dan Jerome menentang satu sama lain untuk Ghana dan Jerman.

Adakah Dinasti Zidane akan menjadi realiti di Santiago Bernabeu?

Sukar untuk mengatakan bagaimana nasib dua anak bongsunya itu tetapi yang tua akan kini menghampiri kancah profesional. Bolehkah mereka melakukannya di Madrid dengan Zidane sebagai jurulatih dan bapa sendiri?

Zidane perlu mendapatkan tugas utama itu dahulu dan kemudian anaknya mungkin berdepan ‘pemain bola sepak terkenal yang dilatih bapanya, seorang pemain bola sepak terkenal’.

Nigel Clough dan Jordi Cruyff tidak mengulangi pencapaian bapa mereka yang menjadi pengurus tetapi berjaya dalam karier masing-masing.

Situasi yang dialami anak pemain bola sepak memang sukar. Anak lelaki Pele, Edinho menjadi penjaga gol Santos tetapi juga terbabit dalam dadah dan pelaburan wang haram.

Apabila anak Diego Maradona, Diego Sinagra bermain bola sepak bersama pasukan remaja di Napoli, wartawan Itali dikatakan menilai peluang pemain itu mengikut jejas bapanya dan berkata: “Jika anda campakkan oren kepada Maradona, dia akan menyambutnya dengan kaki, melambungnya dan menyeimbang­kan dengan kepalanya tetapi jika anda baling oren kepada anaknya, dia akan menang­kapnya, mengupas dan memakannnya.

Anak-anak Zidane mempunyai bakat untuk me­ngikut jejak ayah mereka dan bapanya hampir menjadi pengurus Real Madrid, sukar untuk menafikan kemunculan ‘Dinasti Zizou.’

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 April 2015 @ 10:20 AM