KEADAAN keresta yang hangus. MANGSA (gambar kecil) yang terselamat. FOTO ihsan Bomba
KEADAAN keresta yang hangus. MANGSA (gambar kecil) yang terselamat. FOTO ihsan Bomba
Oleh Hadzlihady Hassan

Bayan Baru: Seorang remaja lelaki nyaris maut selepas kereta dipandunya terbakar di Relau, di sini, pagi tadi.

Kejadian berlaku 8.40 pagi, ketika remaja berusia 19 tahun itu dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerjanya.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, mereka menerima panggilan 8.46 pagi.

"Sebuah jentera bersama lapan anggota dari balai bomba Bayan Baru bergegas ke lokasi kejadian.

"Mangsa ketika itu sudah diselamatkan orang awam dan dia hanya mengalami kecederaan ringan," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mac 2015 @ 12:15 PM