PEMAIN trumpet Black Dog Bone, Masron Ali, meninggal akibat radang paru-paru. FOTO Facebook Ishhar Masrom
PEMAIN trumpet Black Dog Bone, Masron Ali, meninggal akibat radang paru-paru. FOTO Facebook Ishhar Masrom
Oleh Wahi Aziz


Kuala Lumpur: Pemain trumpet kumpulan era 1970-an Black Dog Bone, Masron Ali meninggal dunia di Hospital Changi, Singapura, 4.30 pagi tadi akibat radang paru-paru.

Difahamkan, akibat penyakit itu Allahyarham hilang suara sejak awal tahun lalu.

Menurut wakil syarikat rakaman Life Record di Singapura, Osman Ariffin, kali terakhir dia mendengar berita mengenai Allahyarham adalah berkaitan dengan penyakit radang paru-paru yang dialaminya.

"Awal bulan lalu pihak Life Record ada menganjurkan kempen Kami Peduli untuk Allahyarham mengumpul dana.

"Kempen itu sudah masuk tahun kelima tapi nampaknya Allah SWT lebih sayangkannya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mac 2015 @ 8:59 PM