Syanty Octavia Amry


Diberi penghormatan mengacarakan sebuah anugerah hebat pastinya menjadi idaman setiap artis, apatah lagi tidak pernah mempunyai pengalaman yang jauh lebih bagus seperti orang lain.

Tuah menyebelahi pelakon popular Yana Samsudin apabila baru saja meneroka bidang pengacaraan, dia sudah diberi mandat mengacarakan anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2015.

Digandingkan bersama penyampai radio Hot FM, AG, Yana menganggap ini rezekinya sejak berkahwin pada Februari lalu.

Malah gandingan bersama AG menambahkan lagi keyakinan Yana untuk mengemudi program itu yang bakal disiarkan di TV3.

Anugerah DFKL 2015 akan disiarkan secara langsung bermula jam 9 malam esok. Ia disiarkan terus dari Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam, Selangor.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mac 2015 @ 5:13 AM