FOTO ihsan bomba
FOTO ihsan bomba
Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Johor Bahru: Seorang warga emas ditemui mati pagi tadi selepas dilaporkan hilang Selasa lalu, ketika keluar mencari sayur dalam kebun getah di Juaseh, Labis, dekat Segamat.

Mangsa, Sepiah Mahada, 72, yang juga Orang Asli di Kampung Orang Asli, Empangan Juaseh itu, ditemui ahli keluarganya kira-kira 9.30 pagi, dalam jarak lima kilometer daripada lokasi terakhir wanita berkenaan hilang.

Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Labis, diketuai Komander Operasi Mohd Taha Husain dengan kekuatan 14 anggota memulakan operasi mencari kelmarin dengan bantuan polis, anggota Rela dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Khamis lalu, laporan polis dibuat apabila mangsa tidak pulang selepas keluar seorang diri mencari sayur kira-kira jam 5 petang, Selasa lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Mac 2015 @ 12:53 PM