PENEROKAAN ke Merapoh membolehkan pencinta seni melawati gua yang tidak pernah diketahui.
PENEROKAAN ke Merapoh membolehkan pencinta seni melawati gua yang tidak pernah diketahui.
LABUAN dikenali sebagai syurga mutiara.
LABUAN dikenali sebagai syurga mutiara.
LAKARAN dan fotografi sebagai medium menyampaikan seni alam semula jadi.
LAKARAN dan fotografi sebagai medium menyampaikan seni alam semula jadi.
KEM Pelukis Niah 2014 mengangkat keindahan Gua Niah di Miri, Sarawak.
KEM Pelukis Niah 2014 mengangkat keindahan Gua Niah di Miri, Sarawak.
Oleh Siti Salmiah A Hamid

Sempena Program Penutup MCAT 2014, Balai Seni Visual Negara memaparkan beberapa lakaran dan lukisan yang dihasilkan ketika aktiviti seni di Gua Niah, Merapoh dan Labuan.

Karya berkenaan dikumpul dan dipamerkan pada ruang yang sama untuk dihayati pelawat yang pernah mengunjungi kawasan pelancongan itu serta peminat seni tanah air.

Kesenian menerusi fotografi dan lakaran diangkat sebagai bentuk dokumentasi atau merakam sesuatu peristiwa mahupun kejadian alam.

Justeru itu, kandungan setiap lakaran dan gambar adalah rakaman sejarah yang menunjukkan garis masa serta perlakuan yang menjadi tatapan umum di masa hadapan.

Pameran Fotografi dan Lakaran: Merapoh. Labuan. Gua Niah antara pengisian di bawah jenama 1MCAT 2014.

Ia bukan saja untuk me­nyemarakkan penghayatan seni visual, malah turut memperkenalkan produk dan destinasi pelancongan di setiap lokasi berkenaan.

Bermula dengan program Kem Pelukis Niah 2014 yang berlangsung pada September 2014 memilih Taman Negara Niah di Miri, Sarawak.

Diangkat sebagai subjek kerana kepentingannya dalam sejarah dan tamadun manusia di Asia dan antara gua batu kapur yang tertua dan terbesar di dunia.

Gua Niah jarang dikunjungi pelukis negara, sedangkan di situlah bermulanya seni visual yang dibuktikan menerusi kewujudan lukisan gua pada persekitarannya.

Seterusnya, Kembara Foto Alam ke Gua-gua Merapoh diadakan pada Oktober 2014 bertujuan mengembangkan aliran foto alam di kalangan pencinta seni foto.

Gua yang dilawati sepanjang program antaranya Gua Hari Malaysia, Gua Jinjang Pelamin, Gua Hantu Menari, Gua Tahi Bintang dan Gua Seribu Cerita.

Manakala kisah mengenai Labuan julung kali memaparkan keindahan Labuan menerusi tema Sentuhan Kreatif ‘Pearl of Labuan’ pada November 2014.

Hasil karya jurufoto tempatan mencipta keunikan tersendiri menerusi hasil yang sangat menarik dan paparan imej budaya setempat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Februari 2015 @ 12:06 PM