BLIND meraikan gol penyamaan. FOTO ReutersSTEFAN WERMUTH
BLIND meraikan gol penyamaan. FOTO ReutersSTEFAN WERMUTH

London : Gol Daley Blind lewat pada separuh masa kedua menyelamatkan Manchester United yang sekadar seri 2-2 dengan West Bromwich Albion dalam saingan Liga Perdana Inggeris di The Hawthorns, awal pagi ini.

United bermula dengan hambar dan gol Stephane Sessegnon membolehkan tuan rumah mendahului perlawanan pada awal babak pertama.

Pemain ganti Marouane Fellaini menyamakan kedudukan buat United dua minit selepas bermulanya babak kedua namun West Brom sekali lagi mendahului perlawanan menerusi gol Saido Berahino pada minit ke-66.

Dengan ketiadaan kapten United Wayne Rooney yang digantung, pengurus Louis van Gaal hanya menurunkan Robin van Persie sebagai penyerang namun dibantu Adnan Januzaj, Juan Mata dan Angel di Maria.

West Brom mula megasak dari mula dan mendahului perlawanan pada minit ke-8 apabila Sessegnon berjaya menyempurnakan hantaran Andre Wisom dari luar kotak.

Walau pun West Brom terus mendedahkan kelemahan United di tengah padang, United hampir menyamakan kedudukan tetapi cubaan Di Maria ditepis Boaz Myhill pada minit ke-19.

Van Gaal membawa masuk Marouane Fellaini menggantikan Ander Herrera untuk separuh masa kedua dan pemain Belgium melepasi asakan Joleon Lescott sebelum merembat masuk gol penyamaan yang juga gol pertamanya buat United, dua minit selepas itu.

Namun, West Brom kembali di depan pada minit ke-66 apabila penyerang muda Berahino melepasi pertahanan United sebelum menjaringkan gol kedua tuan rumah.

United sekali lagi cuba mencari gol penyamaan dan hampir berjaya tetapi rembatan Radamel Farcao yang menggantikan Mata terkena palang.

Nasib menyebelahi United apabila rembatan rendah Blind dari luar kotak gagal diselamatkan Myhil pada minit ke-87.

Keputusan ini meletakkan United di tempat keenam dengan 12 mata daripada lapan perlawananan manakala West Brom meningkat ke tempat ke-14 dengan sembilan mata. - Reuters

Kepusan perlawanan hujung minggu:

Man City 4-1 Spurs

Arsenal 2-2 Hull City

Burnley 1-3 West Ham

Crystal Palace 1-2 Chelsea

Everton 3-0 Aston Villa

Newcastle 1-0 Leicester

Southampton 8-0 Sunderland

QPR 2-3 Liverpool

Stoke City 2-1 Swansea

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Oktober 2014 @ 11:13 AM