SOLEKAN ala Candy Crush yang menarik.
SOLEKAN ala Candy Crush yang menarik.
ALICIA dan model.
ALICIA dan model.
IMEJ comel dan ceria untuk remaja.
IMEJ comel dan ceria untuk remaja.
SEMPURNAKAN solekan dengan sapuan krim bibir.
SEMPURNAKAN solekan dengan sapuan krim bibir.
SOLEKAN mata tidak lengkap tanpa maskara yang menyerlahkan lagi kecantikan.
SOLEKAN mata tidak lengkap tanpa maskara yang menyerlahkan lagi kecantikan.
PILIH rona pembayang mata yang sesuai dengan jenis solekan dan tema pakaian.
PILIH rona pembayang mata yang sesuai dengan jenis solekan dan tema pakaian.
SAPUKAN bedak asas sekitar wajah.
SAPUKAN bedak asas sekitar wajah.
WAJAH perlu dibersih sebelum memulakan solekan.
WAJAH perlu dibersih sebelum memulakan solekan.
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus


Solekan jika kena dengan teknik dan pemilihan warna yang sesuai boleh membantu membangkitkan seri wajah.

Apa saja cela atau kekurangan pada wajah boleh ditutup dengan teknik solekan yang betul.

Selain itu, pemilihan produk solekan yang bersesuaian dengan jenis dan rona kulit juga mustahak terutama bagi remaja.

Ini kerana tidak semua jenama yang ada di pasaran sesuai untuk remaja selain dibebani harga lebih mahal.

Bagi remaja yang masih mencari jenama yang bersesuaian, produk Collections Cosmetics mungkin sesuai buat anda.

Usah risau mengenai kualitinya kerana jenama berkenaan sudah bertapak lebih 25 tahun di pasaran United Kingdom. Ia diinspirasikan daripada fesyen ‘high-street’ dan koleksinya mudah digayakan, versatil dan fleksibel.

Ini kerana jenama berkenaan percaya tiada syarat diperlukan dalam penggayaan mekap.

Bagi yang gemar bermain warna, minggu ini Harian Metro menampilkan langkah demi langkah solekan bertemakan ‘Candy Crush’ yang dikongsikan jurusolek bebas, Alicia Chan.

Menurut Alicia, solekan berkenaan mudah digayakan dan hanya memerlukan masa kurang 30 minit saja. Berbanding solekan biasa, kali ini dia hanya menggunakan empat produk iaitu bedak asas, pembayang mata, maskara dan krim bibir.

“Solekan jenis ini sesuai untuk remaja yang mahu tampil di sesuatu acara santai atau parti hujung minggu dengan imej comel dan ceria.

“Ia bukan saja menyerlahkan personaliti diri, tetapi pada masa sama, menampilkan emosi dalaman individu itu sendiri,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Februari 2015 @ 5:04 AM