JENAMA produk pencukur ternama, Schick menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM200 setiap minggu menerusi peraduan ‘Satria Exacta 2’.

Hadiah itu bakal dimenangi lima pemenang yang berjaya memberi kata kunchi yang betul.

Peserta hanya perlu menonton episode bari ‘Satria Exacta 2’ yang dimuatnaik ke Facebook Schick (http://goo.gl/7ZWfvu), setiap Selasa.

Setiap episod mengandungi kata kunci berlainan.

Hantarkan kata kunci untuk minggu tersebut sebelum 11.59 malam seiap Ahad untuk peluang memenangi hadiah wang tunai yang ditawarkan. Anda boleh menukar jawapan sebelum tarikh tutup bagi minggu itu.

Jangan lupa untuk isikan maklumat peribadi anda termasuk nama penuh, emel, nombor telefon bimbit dan nombor kad pengenalan dalam ruang yang disediakan.

Senarai pemenang akan diumumkan pada Isnin, minggu berikutnya.

Peraduan ini berlangsung dari 10 Februari sehingga 16 Mac 2015.

Lebih menarik, anda yang menyertai peraduan ini layak secara automatik untuk merebut tawaran hadiah utama berjumlah RM5,000.

Peraduan ini dibuka kepada kesemua ahli komuniti Facebook yang bermastautin di Malaysia ketika tempoh peraduan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Februari 2015 @ 11:26 AM