SUSPEK yang melarikan diri.
SUSPEK yang melarikan diri.
Oleh Junaidi Ladjana

Kota Kinabalu: Seorang tahanan yang sedang menerima rawatan di Hospital Mesra, Bukit Padang Luyang, di sini, bertindak melarikan diri, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Kota Kinabalu, Superintendan Azhar Halim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 10.30 malam dan sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian.

"Siasatan mendapati suspek melarikan diri tanpa memakai baju melalui bahagian belakang hospital dengan memanjat tembok.

"Sehingga kini, suspek lelaki berusia 22 tahun masih belum diberkas dan polis sedang giat mengesan lelaki berkenaan," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan kerana lari melarikan diri daripada tahanan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Februari 2015 @ 1:08 PM