ROSNAH  (tengah) mendengar taklimat  selepas merasmikan Cityscape Malaysia 2015.
ROSNAH (tengah) mendengar taklimat selepas merasmikan Cityscape Malaysia 2015.

Kuala Lumpur: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) menggesa peserta industri agar menyertai Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan (QLASSIC) untuk menilai kualiti pembuatan dalam pembinaan.

Pengurus Besar Kanan Sektor Pembangunan Teknologi CIDB, Elias Ismail berkata, sistem berkenaan dibangunkan bagi menggalakkan kontraktor memastikan tahap kualiti kerja untuk setiap projek yang dijalankan.

“Ini akan menjadi nilai tambah dalam memasarkan produk mereka kepada pengguna akhir. Penilaian QLASSIC dijalankan menerusi pemeriksaan tapak bagi projek yang sudah siap mengikut Piawaian Industri Pembinaan.

“Malah, markah dalam peratusan diberikan sekiranya pembuatan mematuhi piawaian,” katanya selepas perasmian pameran CityScape Malaysia, di sini, semalam.

Pameran pelaburan dan pembangunan hartanah diiktiraf antarabangsa selama tiga hari itu dijangka menjana jualan hartanah bernilai RM15.5 juta dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Februari 2015 @ 6:17 AM