Oleh Shahrul Nizam Mohamad


Kuantan: Seorang lelaki lemas apabila teksi dipandunya terjunam ke dalam sungai selepas bertembung dengan kereta lain, di Jalan Sungai Lembing, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa yang belum dikenal pasti identiti dan berasal dari Bukit Goh, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi mangsa yang memandu Proton Saga juga belum dikenal pasti identiti dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, mayat mangsa dikeluarkan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota yang mengambil masa setengah jam.

"Kita masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar bagaimana kejadian itu berlaku," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 January 2015 @ 11:14 AM