BERGELAK ketawa sesama sendiri bukan saja nikmat kecil dalam kehidupan malah baik untuk kesihatan.
BERGELAK ketawa sesama sendiri bukan saja nikmat kecil dalam kehidupan malah baik untuk kesihatan.
KEMPEN Simple Pleasures oleh Jacob’s beri peluang kepada masyarakat untuk berhenti seketika dan raikan nikmat kecil dalam kehidupan.
KEMPEN Simple Pleasures oleh Jacob’s beri peluang kepada masyarakat untuk berhenti seketika dan raikan nikmat kecil dalam kehidupan.
Oleh Nor Faizah Mohamed
faizah@hmetro.com.my

Pernah lihat ibu, bapa atau ahli keluarga yang lebih tua berehat sebentar terutama pada waktu petang dengan menikmati sekeping biskut bersama secangkir kopi?

Kalau diikutkan, ia bukanlah hidangan yang mengenyangkan, tapi cukup sebagai alas perut sementara melepaskan lelah selepas seharian bertungkus-lumus dengan tugasan di dalam atau di luar rumah.

Secara luarannya juga, tabiat itu nampak ringkas dan biasa, tapi hakikatnya ia ibarat keseronokan kecil yang boleh dinikmati setiap hari dalam kehidupan kita.

Seperti apa yang dilakukan Jacob's menerusi kempen 'Simple Pleasures' baru-baru ini, kita tidak memerlukan sesuatu yang besar atau mewah untuk menikmati kehidupan yang lebih gembira dan bahagia.

Seperti gelagat makan biskut bercicahkan kopi itu, ia boleh menjadi sebahagian daripada perkara kecil atau detik bermakna dalam kehidupan seharian kita.

Jelas Pengurus Kanan Jenamanya Jaren Ong, kempen ini diadakan sebagai salah satu usaha membantu masyarakat Malaysia berhenti seketika daripada kesibukan mereka dan menghargai setiap detik yang berlalu walaupun hanya membabitkan aksi atau perkara kecil.

"Kita sering lupa dan tidak sedar dengan nikmat dalam kehidupan walaupun ia di depan kita. Apa yang perlu dilakukan adalah untuk berhenti seketika, menghargai dan menghayati nikmat kecil dalam kehidupan kita ini.

"Menerusi kempen Jacob's 'Simple Pleasures' ini, kami harap dapat mendorong dan menggalakkan orang ramai untuk menyedari serta mula menghargai nikmat kehidupan seharian mereka," katanya.

Tambahnya, nikmat kehidupan kecil wujud dalam pelbagai bentuk sama ada ketika kita bergelak tawa bersama rakan, menghabiskan masa bersama keluarga, tidur malam yang nyenyak, menyaksikan matahari terbenam atau menikmati biskut kegemaran ketika waktu rehat.

"Semua ini adalah perkara kecil dalam kehidupan yang kita tidak sedari di saat kita terlalu sibuk memenuhi tuntutan kehidupan yang mendesak dan menyesakkan fizikal serta mental kita," jelasnya.

Nyata kesederhanaan menjadi tunjang Jacob's yang lebih 60 tahun dikenali dengan penghasilan biskut enak dan ringkas.

Diadun dengan bahan berkualiti dan menyihatkan, biskut Jacob's Original Cream Cracker kini lebih harum, rangup dan lazat, sekali gus menjadi teman sempurna untuk menikmati keseronokan harian yang serba ringkas serta memuaskan.

"Jacob's sentiasa mencari cara untuk mewujudkan pengalaman yang lebih bermakna dan terbaik untuk penggemar biskut jenama ini.

"Kami ingin menyampaikan konsep Jacob's yang serba sederhana dan membantu meningkatkan nilai ini dalam kalangan masyarakat kita.

"Atas faktor inilah yang memberi inspirasi kepada kami untuk menganjurkan kempen bagi mengingatkan orang ramai mengenai keseronokan amalan hidup penuh dengan kesederhanaan," tambah Ong.

Bagi membantu menyebarkan mesej kempen 'Simple Pleasures' ini, Jacob's memaparkan video yang menayangkan bagaimana nikmat dan keseronokan sebenar yang bermakna dalam kehidupan kadangkala boleh ditemui daripada perkara yang mudah serta kecil.

Pakar psikiatri Dr Vincent Wong berkata, memberi penekanan kepada kesan positif yang wujud selepas menghayati nikmat kehidupan yang kecil mampu memberi kesan positif kepada kesihatan dan kesejahteraan hidup.

"Sebagai doktor, tugas saya tidak terhad untuk membantu mereka yang mengalami masalahan kesihatan saja, malah merangkumi usaha untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan mereka.

"Saya percaya mencegah lebih baik daripada mengubati dan salah satu caranya adalah menjalani setiap detik kehidupan setiap hari dengan lebih bermakna.

"Saya menggalakkan setiap individu berhenti seketika supaya dapat bersyukur dan menghargai apa yang mereka miliki, selain mempunyai sikap yang sebaiknya dalam menangani cabaran serta menikmati perkara yang kelihatan kecil juga mudah dalam kehidupan mereka," katanya.

Pada masa sama, Dr Wong menegaskan bagaimana sifat tertentu dapat menjana sikap kita untuk lebih menghayati nikmat kehidupan walaupun kecil di samping meningkatkan kecergasan emosi, optimis dan bangkit semula daripada situasi yang mendesak.

"Perkara positif seperti ini secara tidak langsung dapat membantu kita menghindari atau menanggani pelbagai penyakit antaranya jantung dan kemurungan.

"Kesedaran atau melaksanakan usaha yang menumpukan kepada perkara yang sedang berlaku pada masa sekarang juga dapat membantu mengurangkan tekanan perasaan, mempertingkatkan daya ingatan dan membangunkan kesejahteraan emosi seseorang.

"Ia jelas menunjukkan bagaimana nikmat kecil dalam kehidupan sebenarnya dapat membawa perubahan yang besar pada diri kita. Ketika kita menikmati detik bermakna ini, kita bukan saja akan berasa lebih santai dan gembira, malah ia turut mempertingkatkan tahap kesihatan serta kesejahteraan kita," jelasnya.

Mencari atau meraih nikmat kecil dalam kehidupan bukanlah sesuatu yang rumit. Sebagai contoh, ketawa adalah nikmat kecil yang dapat membantu mengurangkan tekanan, memupuk sikap optimis dan menghubungkan kita dengan orang lain.

Hanya dengan ketawa, kita dan mereka di sekeliling boleh menghayati detik indah serta saling merasai kegembiraan bergurau senda.

Untuk turut sama meraikan kempen ini boleh layari laman www.facebook.com/JacobsMalaysia dan berpeluang berkongsi detik nikmat kehidupan kecil yang dialami setiap hari.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 January 2015 @ 5:02 AM