Oleh Fardy Bungga

Kuala Lumpur: Bekas Duta Besar Malaysia ke Peru Datuk Ahmad Mokhtar Selat meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat penyakit kanser, 7.30 malam tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Wisma Putra, Allahyarham berusia 66 tahun difahamkan sudah dibawa balik ke rumahnya di Kelana Jaya untuk upacara pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 8, Kota Damansara sekitar 11 pagi esok.

Allahyarham yang bertugas sebagai Duta Malaysia ke Peru selama tiga tahun sehingga 1999 menjadi tawanan kumpulan gerila Peru, Tupac Amaru bersama beberapa diplomat negara lain di kediaman Duta Besar Jepun di Lima pada 18 Disember 1996.

Allahyarham yang juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Unversiti Malaya ditahan kira-kira 10 hari dalam insiden berkenaan sebelum dibebaskan tanpa diapa-apakan oleh penculik.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 January 2015 @ 11:53 PM