SONY SmartWatch 3
SONY SmartWatch 3
Oleh Afiq Hanif

Sony menampilkan jam tangan pintar Smartwatch 3 dengan rekaan aluminium tahan karat di samping gelang SmartBand SWR10 yang kini datang dengan pelbagai rekaan daripada jenama fesyen terkenal seperti Jack Vartanian, Altewaisome, Ted Baker dan Roxy.

SmartWatch 3 kini datang dengan tetapan berasaskan Android Wear yang bakal dijual bulan depan di beberapa negara terpilih mempunyai skrin 1.6 inci beresolusi 320 x 320 serta kalis air dan debu jenis IP68.

Antara fungsi menarik termasuk boleh dicas terus dari port mikroUSB yang ada pada kerangkanya tanpa memerlukan dok tambahan.

Sony SmartWatch 3 menggunakan tali jam boleh tanggal di samping pemegang baru boleh digunakan dengan mana-mana tali lain jenis 24mm seperti jam tangan biasa.

INFO

SONY SMARTWATCH 3

Harga: Tidak diperoleh

Berat: 45g

Paparan: 1.6 inci

Sokongan: Android 4.3 dan ke atas, Android Wear

Prestasi: Quad ARM A7, 1.2GHz

RAM: 512MB

Memori: 4GB

Kawalan: Suara, sentuh, input gestur

Sambungan: Bluetooth 4.0, NFC, mikroUSB

Bateri: 420mA (dua hari)

Ciri: IP68

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 January 2015 @ 5:04 AM