Penantian peminat untuk melihat sisi kerjaya solo vokalis kumpulan CNBlue iaitu Yonghwa nampaknya sudah hampir berakhir. Jelas, penyanyi berkenaan semakin giat memberikan sedikit demi sedikit 'teaser' untuk album solonya.

Terbaru, dia sempat berkongsi beberapa gambar yang akan digunakan dalam album berkenaan menerusi laman web solo rasminya.

Gambar dikongsikan itu benar-benar menonjolkan sisi berbeza dirinya yang sememangnya memiliki pesona tersendiri. Mulai dari sisi naif, seksi, hinggalah sisi gelap dirinya nyata menyerlahkan lagi karisma penyanyi itu.

Sebagai menghangatkan lagi perkongsian itu, dia turut berkongsi audio pendek lagu-nya One Fine Day yang jelas melodinya indah serta susunan muziknya cukup menarik.

Bakal dilancarkan 20 Januari ini, beberapa lagu dalam album itu turut menampilkan penyanyi seperti Yang Dong Geun (YDG), Verbal jint, Yoon Do Hyun dan JJ Lin sebagai rakan kolaborasinya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 January 2015 @ 5:00 AM