Tahun 2014 yang mencatat pelbagai kenangan sudah pun berakhir dan bagi menyambut kedatangan tahun baru, Kenny Rogers Roasters (KRR) memperkenalkan mufin tambahan bagi melengkapkan pencuci mulut sedia ada.

Mufin TripleChoc Almond dan Cranberries Snow memberi pelanggan lebih pilihan selain Mocha Chip, Chocolate Raisin, Banana Raisin, Creamy Pandan dan Golden Vanilla.

Menurut Pengurus Pemasaran Berjaya Roasters (M) Sdn Bhd Christina Thong, walaupun hidup dalam masyarakat pelbagai budaya, sambutan musim perayaan sepanjang tahun boleh dinikmati sesiapa saja.

"Bagi menambah keseronokan menyambut musim perayaan, percutian dan tahun baru, dua perisa baru Festive Muffin dicipta untuk menambah kemanisan permulaan 2015," katanya.

Tambahnya, keunikan rasa mufin yang dicipta diharap dapat menambah selera ketika ia dinikmati bersama hidangan terkenalnya iaitu ayam panggang Rotisserie.

Mufin TripleChoc Almond dilengkapi dengan hirisan kacang badam panggang yang dilitupi coklat gelap premium manakala Cranberries Snow pula bersalut coklat putih dan dihias kranberi kering di atasnya.

Kedua-dua perisa baru berkenaan hanya boleh didapati dalam tempoh terhad. Menariknya, mufin segar yang dimasak setiap hari dengan pelbagai perisa itu enak jika dinikmati bersama teman mahupun keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 January 2015 @ 5:00 AM