MOHD Zatullah membawa anak yatim dan miskin menaiki van komuniti untuk  menjalankan aktiviti luar.  FOTO Khairul Najib Asarulah Khan
MOHD Zatullah membawa anak yatim dan miskin menaiki van komuniti untuk menjalankan aktiviti luar. FOTO Khairul Najib Asarulah Khan
Khairul Najib Asarulah Khan


Seremban: Seorang pemilik Pusat Jagaan Anak Yatim Walidaina di Taman Satria, Senawang mengambil inisiatif menyediakan sebuah van komuniti secara percuma untuk menghantar pesakit sama ada ke hospital atau klinik kesihatan.

Van dibeli Mohd Zatullah Kamarudin, 25, yang juga pengerusi rumah jagaan terbabit hasil sumbangan orang ramai yang kemudian digunakan untuk khidmat masyarakat di daerah ini.

Menurut Mohd Zatullah, van berkenaan pada mulanya digunakan untuk membawa penghuni pusat terbabit mengadakan aktiviti luar.

Katanya, pusat itu baru dibuka awal tahun ini dengan menerima tujuh anak yatim dan miskin berusia antara tujuh hingga 15 tahun.

“Selepas menerima pelbagai bentuk sumbangan, saya nekad membeli van yang bukan sahaja dapat digunakan untuk penghuni di sini, malah dapat diperluaskan kebajikan ini buat mereka yang memerlukan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 April 2017 @ 6:18 AM