BONUCCI (kiri) diasak dua pemain Genoa, semalam.
BONUCCI (kiri) diasak dua pemain Genoa, semalam.

Milan: Pemain sasaran kelab Liga Perdana Inggeris, Leonardo Bonucci menjaringkan gol hebat ketika Juventus mendahului 11 mata di puncak Serie A with dengan kemenangan 4-0 ke atas Genoa semalam.

Bonucci, yang pernah mendapat perhatian pengurus Chelsea Antonio Conte, kini dikaitkan dengan perpindahan bernilai tinggi dengan Manchester City sejak kebelakangan ini.

Pertahanan tengah Itali itu mempamerkan aksi hebatnya dengan penyudah mantap pada minit ke-64 dalam aksi berat sebelah di Turin yang turut menyaksikan skuad Massimiliano Allegri semakin menghampiri gelaran keenam ‘scudetto’ berturut-turut.

Genoa pernah mengejutkan Juventus 3-1 di Luigi Ferraris September lalu.

Namun, beberapa hari selepas mengikat Barcelona untuk seri tanpa jaringan dan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara dengan agregat 3-0, Juve kelihatan tidak perlu bersungguh-sungguh di padang.
- AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 April 2017 @ 8:55 AM