Shahril Ridza ketika mengumumkan laporan Tahunan KWSP 2016 di pejabat KWSP Jalan Raja Laut. FOTO Yazit Razali
Shahril Ridza ketika mengumumkan laporan Tahunan KWSP 2016 di pejabat KWSP Jalan Raja Laut. FOTO Yazit Razali
Hafiz Ithnin


Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berhasrat memberi tumpuan kepada pelaburan aset baru berkaitan sektor sumber asli dalam usaha menjadi sebuah dana persaraan bernilai RM1 trilion pasa masa depan.

Antara sektor sumber asli itu ialah memiliki secara terus aset peladangan, penternakan dan aktiviti penanaman semula hutan memandangkan ia menjadi perhatian entiti dana persaraan antarabangsa untuk memacu pertumbuhan lebih mampan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, aset dalam portfolio berkenaan memberi potensi dalam aliran tunai yang mengukuh dan terlindung daripada inflasi dagangan.

Beliau berkata, pihaknya juga meninjau peluang memiliki aset perladangan secara terus dan bukan sebagai pemegang ekuiti bagi memudahkan kawalan operasi.

"Ia selaras dengan strategi KWSP untuk melaksanakan pelaburan berhemah di samping mempelbagaikan kelas aset, geografi dan mata wang serta ia mampu meningkatkan pendedahan kepada pasaran global pada tahun mendatang.

"Strategi kami menekankan kepelbagaian aset terbukti berkesan ketika berdepan dengan keadaan ekonomi mencabar, membolehkan KWSP mengimbangi semula portfolio dan mengambil keuntungan daripada kelas aset mengikut keadaan pasaran," katanya dalam taklimat media Laporan Tahunan KWSP 2016 di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 April 2017 @ 5:11 PM